Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Loteng kat Bilik Nana @Singgahsana
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Loteng kat Bilik



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 18-Mar-2006 12:00
Takda Tajuk


Assalamualaikum~~

Kedua dua Entry kali nih mengenai Kawan. Tapi semua gambar tu kurang menjadi sebab med mmg tak pandai amik gambar org nih~~Biasa la saya nih budak br blaja~~ Kena bykkan praktis agi nampaknya~~ Buat masa ni, Med share la dulu apa yg ada utk tatapan korang.Entry nih amik masa saudara Ouled,Fendi aka Jemster dan tunanganya, Nana datang ke Kuching aritu. Bro Ouled ( http://kenitra1975.fotopages.com/ )dtg seminggu awal kat Kuching drpd Fendi ( http://jemster.fotopages.com/ ) tapi med , Onn ( http://aerolz.fotopages.com/ ), Ayusafura ( http://ayusafura.fotopages.com/ ) sempat jumpa last minute ja ngn Bro Ouled. Med nak ucapkan terimakasih kat Bro Ouled yg sudi lepak n melayan karenah kami kat Waterfront malam tu. Thanks bro.

Untuk Fendi aka Jemsterand Nana, Tima kasih bebanyak sebab sudi membuang masa ngan kami~~ Hehehe~~ Gambar yg lain tu med lom sempat nak uplod terutama pix kat Bing cos kat dalam card Onn.
Nanti med send kat Fendi. Sonok ngn kedatangan korang kat sini and Med hargai persahabatan Fendi n Nana~~ Jumpa lagi June nanti~~ yeahhh~~

Ptg tadi, tgh edit pix untuk fp, med sempat on YM med. Jumpa ngn kwn lama n kitaorg sembang la pasal keja and pengalaman baru. Ntah camna dia nampak status med : away~~ edit pix 4 fp. Dia tanya la med apa tu fp~~ med pon terangkanlah kat dia pasal fp nih. N dalam semua soklan dia tanya tu, soklan nih la buat med terpikir : photography? Bila start minat photography nih? Hehehe~~ satu soklan med sure semua penah mengalaminya kan? Meh med critakan kat korang camna med leh kenal FP and fotografi nih.

Minat pada fotografi nih, datang secara tak sengaja sebenarnya. Nak kata minat seni seni nih, mmg takda langsung. Dan sebba kurang minat pada benda seni ni la med berhasrat amik matrik bio dulu. Hehehe~~ konon nak jadi doktor haiwan mulanya tapi pd last semester matrik, med amik paper computer programming and med mmg jatuh cinta ngan komputer lepas tu. Dan dr situ med memilih utk amik Bachelor dalam Komputer Sains. Sc comp and photography? apa kena mengena ngn dua subjek nih? Mmg jauh beza tapi disinilah smuanya berlaku. Dalam major med(Multimedia)inilah minat asal med bermula ngn 3D, animasi, virtual reality dan video editing yg membuatkan med mengenali fotografi. Setiap masa med edit sesuatu video atau design keja grafik, med lihat mcm mcm ragam org dan kenangan med dapat. Sonok dan duka. Riang dan Tangis. Buat med terpikir med byk kerugian sebab tak dpt nak rakam dan kongsi pengalaman walaupun kecil kpd rakan n family med. Banyak kenangan yg med lalui med tak dpt rakam dan rujuk semula terutamanya ketika med belajar kat Kangar dan di awal semester di UPM. Dan sejak itu, med berazam utk rakam semua apa yg med lihat dan kongsi bersama ngn keluarga dan rakan rakan. Dari sinila bermula perasaan med untuk minat kat fotografi bermula.

Camna leh masuk FP? Semua nie bermula dr kawan med yg tunjuk gambar dia ngn tunang dia. Mulanya med guna FP nih cam storan ja, tapi lama kelamaan fp nih jadi cam tempat med berkongsi saat saat manis, duka dan minat ngn kwn kwn med terutamanya gang nf.com. Dan bila dah mula berkongsi gambar nie la, macam macam idea dan ptanyaan med dpt dr kwn kwn. Maka, med bercadang jadikan fp nih utk med kenalkan ngn kwn kwn med lain mengenai med, minat med dan tempat kelahiran med. Naper nak kenalkan tempat kelahiran med?

Hehehe~~ cos med rasa ramai yg lom lagi kenal ngn Kuching nih. Med nak kongsi bersama tempat lahir med, walau sekadar dalam gambar dan walaupun Kuching hanya satu bandar kecil. :) Selain tu, med nak kurangkan kerumitan kwn kwn med yg salu tanya med camna rupanya kuching nih. Sebab dulu, masa med study, ramai kwn kwn med tatau wujudnya org melayu kat sini. Rata rata yg ingat org sarawak nih byk non moslem. Malah ada yg tanya soklan yg pelik pelik kat Med contoh : 1- Korang tak risau ka buat umah atas pokok? 2- Pakaian kat sana mmg semua pakai cawat ka? 3- Penah dtg ke Malaysia tak sebelom nih ( Erkk.. nie paling pelik kut, tatau lak med Sarawak tu bukan dalam Malaysia. hehe~~dan buat med terpikir, mana buku sejarah n geografi derang masa pmr n spm.) Med minta maaf kalau ada sapa sapa terkecil hati ngn ayat di atas. Med tak maksud nak kecilkan hati sapa sapa dan med tak pernah kecil hati gak lepas kena soklan pelik camtu~~ heheheeh~ really kalu korang ada camera masa tu, confirmed leh snapped muka med yg blur gila~~ So kalau ada sapa kecik ati tu, med minta maaf byk byk yer. :-)

Maybe org yg med salahkan pon maybe Sarawak Tourism kut~~ heheehe~~ yer aa salu bagi org luar salah tanggapan ja~~ Byk lagi kebudayaan di Sarawak nie yg tak diketengahkan. Rasa med derang patut tiap tahun kenalkan setiap kaum yg ada kat Sarawak nih. Tahun nih, maybe Iban Year. Tahun Depan Melayu. Tahun Akan Dtg, Chinese, Bidayuh n seterusnya. Percayalah kata med yg byk anak muda melayu sendiri di Sarawak nie tatau kebudayaan melayu mereka. Mereka lebih nyata mengenali budaya luar dr kebudayaan mereka sendiri. Malah ada yg tidak tahu mengenai Tudung Keringkam (Tudung Benang Emas), Songket Sarawak, Gendang Sarawak, dan sebagainya. Rasa med, kalau tanya ngn budak 10 tahun , nyata mereka lebih tau apa itu ngajat (tarian org iban) dari gendang sarawak atau tudung keringkam. Kuih celorot pon rasanya ramai anakmuda melayu Sarawak dah tatau. LOL

Ermm, ok la semua, byk plak med membebel kali nih. Med minta maaf la kalau ada yg terkecil hati ngn kata kata med nih~~ Med tak ada niat langsung. Med nak ucapkan terima kasih kat Bro Ouled dan Fendi serta Nana yg sudi jumpa Med. Terimakasih atas segala ilmu dan nasihat yg korang bagi kat kami yg baru blaja nih. Terima kasih gak kat Ayusafura, Liza n Onn , Carti n Fedos yg rajin jalan jalan jumpa rakan rakan fp kita di Kuching. Sapa sapa nak tgk more gambars mengenai kedatangan Bro ouled n Bro Fendi di sini, leh la jengok fp Bro Ouled, Fendi , Ayu atau Onn. Sure sonok cos gambar derang nih sharp and lawa lawa~~ :-D Sekian~~ Selamat Bercuti di Hujung Minggu~~

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.